SEMUA LELAKI LONELY SOLDIER BOY

Saturday, April 23, 2011

bila dah tiada classmate

apa yang seronok bila kita pergi sekolah ???
seronok ker weyh pergi sekolah
kalau tanya budak budak rasanya memang ramai yang boring dan malas g sekolah
kalau tanya aku la aku kesekolah pun sebab x nk kena pelempang dan penerajang bapak aku 
tapi selain daripada nak elak penerajang dan pelempang bapak aku salah satu sebab yang agak bodoh aku kesekolah ialah sebab adanya classmate atau dalam bahasa melayunya klasmet(bukan sama ke tu)
ya klasmet la yang buat aku lekat punggung dekat sekolah
dan kalau korang tanya bebudak sekolah ataupun ex bebudak sekolah macam aku penting tak klasmate mesti depa akan cakap penting
dalam kelas yang ada 40 orang kepala(secara puratanya) akan ada macam macam perangai
akan ada macam macam kejadian yang akan jadi dan kejadian kejadian ni lah yang akan buat kita seronok disekolah
dan sebab klasmate la kita belajar  berkawan, berkasih kasihan , bergaduh dan berdendam
yer la cuba korang bayangkan kalau korang belajar sesorang kat rumah dan tak ada klasmate
mesti bosan dowh , boleh biol kepala otak
secara peribadi aku dah lupa siapa klasmate aku waktu sekolah rendah dulu
mungkin depa ada yang kenal aku tapi aku kompom lupa depa
ntah apa lah jadi kat depa kan aku pun tak tau
zaman sekolah menegah rasanya hidup berclasmate ni lebih seronok
yerla waktu tu baru nak matang jadi kepala otak pun memacam buat kan
tyme ni lah nak belajar bercinta gaya monyet
aku ingat lagi kalau dalam kelas tu ada awek yang cantek tentu akan ada ramai jantan tunggu dekat dpan klas waktu rehat
nak kacau la bhai konon kononnya (aku tak mcm tu dowh aku seorang yang pasif)
dan waktu sekolah menegah ni lah kita akan rapat dengan klasmate
sebab byak aktiviti yang dilakukan bersama dan kadang kadang kat klasmate lah tempat kita luahkan perasaan (tak kisah la sedih ke marah ke ape ker)
aku tak ingat sangat sapa klasmmet aku waktu menegah rendah(tingkatan 1 sampai 3)
tapi aku mmg ingat sapa klasmate aku waktu form 4 dan 5
kelas 4/5 Arif
cikgu kelas Puan Vasuki n ketua kelas Danial
yang lelaki aku , ahmad, dashen, nabil dan razi
yang pompuan mas,wanie , fatin, ainina, syazika, atira , amira, asmaa, jehan, mei zing, ro ping , yin tong syabira tu jer kot
even ada antara mereka aku dah lama tak jumpa tapi yeah still aku rindu depa (dah lama x jumpa mmg la rindu bodoh )
dan boys klas ni mmg terbaik la kami still contact each other kalau aku balik Kota Damansara(dah aku jer yg merempat kat kedah ni depa suma dok KL bhai)
lepas skolah aku pegi matrik sebab tak dapat pegi oversea
kolej matrikulasi perlis memang ulu
macam celaka dapat belajar dekat sana
budak KL masuk ulu camno tu??? lu pikir la sendiri
tapi sekali lagi klasmate aku dah buat hidup aku seronok dekat sana
dan aku rasa kali ni istilah klasmate tu dah digantikan dengan perkatan family
ye Family a3t1 memang merubah pandangan aku dekat KMP
tempat yang aku rasa macam bangang tu dah aku rasa seronok
dan tak melampau la bila kau ckp a3t1 dah ubah aku jadi aktif daripada pasif
kelas ni mmg wonderful
kami sampai ada papa sendiri iaitu ahmad nakata(walaupun aku geli nak pggil dia papa )
dan sibling2 aku yang lain mmg ceriakan hidup aku kat sana
tasha, cok eh , shah, mira, leen, ayen, kak long , hafiz , dina,paan(walaupun aku kekadang bebulu ngan ko ttp idola)
siyes aku rindu korang .....(biasa la aku muka lagend hati kiut)
dan tak lupa jugak sibling sibling aku yang lain irfa, sss, yana j , yana model(seyes mcm model),ika,farah,uztazah,farisha(aku masih x caya tasha n dia satu bilik )
aku rasa tempoh lebih kurang setaun aku hidup kat sana antara tempoh yang paling best
thanx y'all
sekarang aku still blaja
UUM tempat aku belajar
dan secara jujur aku tak ada klasmate memang lain bebeno rasanya
tapi itulah nak buat mcm mana kan dah UUM nak sumbat suma student dlm kuliah jadi kena terima jer
dekat kuliah mmg lain dari kelas
tak ada tempat duduk tetap, tak ada kawan yang tetap bersama sama kita
tiap tiap hari aku dok dgn orang lain dan aku kekadang tak kenal pun sapa yang dok sebelah aku (kalo dah 300 orang dlm kuliah takkan aku nak interview sorang2)
dan hidup memang berbeza bila takda klasmet
abis kuliah jer memasing buat haluan sendiri ilang ikut angin (bukan semua satu course)
tinggal la aku sorang
sedih siot isk3(=_=) urmmmmmm
banyak benor aku merapu malam ni
semuanya sebab lagu ni la



*tapi apa yg aku tulis benar belaka, serius sedih , boring n bangang bila x da klasmate

No comments:

Post a Comment