SEMUA LELAKI LONELY SOLDIER BOY

Saturday, December 3, 2011

bored statistic

Killed by statistic
I m now in my statistic class and it suck
I cant even understand simple thing
Credit to my lecturer cause make me ununderstand and hating this subject
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 24, 2011

rajuk

Rajuknya hati tak minta dipujuk
Biarkan saja tenggelam terperuk
Tak payah dirisau semakin teruk
Biarkan hilang di hiruk pikuk
Published with Blogger-droid v1.7.4

perempuan yakin diri

Dah lama dah aku tak update blog ni
Ntah aju putus asa dah kot
Mungkin aku tak dapat apa yang aku nak
Dan mungkin aku tak yakin teehadap diri aku sendiri
Mcm mana nak dapat keyakinan dengan keadaan diri yang sebegini
Mana mungkin bukan
IMungkin orang akan kata segalanya mungkin dekat dunia ni tapi ada hakikat yang tak boleh memungkinkan kemungkinan itu berlaku
Semester ni rasanya aku ada sikit peeubahan
Aku ada involve dengan projek dan dalam buat projek ni aku berdepan dengan agak ramai wanita yabg ada keyakinan tinggi
Tinggi dan lebih pada apa yang ada dekat aku
Cun ke tidak pompuan tuh????
Siyes cun dammit
Atas dasar cun tu lah mungkin timbul rasa yakin
Tak adil sungguh dunia
Org yang cantik dimata akan bertambah keyakinan dengan pujian dan penghargaan tapi yang buruk di mata makin tenggelam dan hilang yakin dek hinaan dan umpatan
Jadi satu satunya cara untuk mendapat kembali keyakinan bagi yang buruk ialah dengan menjadikan diri anda cantik dimata org
Istilah hati yang baik tak lagi logik nak digunapakai dalam aplikasi hidup
Samalah mcm pasaran persaingan smpurna yang memang tak relevan dalam dunia kita hari ini
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 27, 2011

bangsat hina nak mampus

Hari ini memang bangsat
Walaupun bulan posa tapi memang bangsat hari ni
Rasa hina gila aku dalam keluarga kecik aku ni
Orang orang yang aku sanjung tak pernah bagi peluang dekat aku
Aku rasa macam sampah kot
Korang tau mcm mana rasa sampah
Macam kena pijak jer diri aku ni
Mungkin tak lama aku dalam keluarga ni
Aku takkan tggal lama dengan diorang
Sampai masa aky akan pegi jauh sejauhnya dari korang
Demm aku rasa bangsat gila hari ni
Lancau la babi
Kimak anjing
Aku tak tau nak kata apa lagi cuma aku mmg rasa bangsat gila harini
Pegi mampus la korang lancau
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, June 21, 2011

RUTIN

hidup dengan rutin 
apa yang dibuat dirancang 
apa yang terjadi bukan kebetulan 
rutin bukannya hanya dikilang 
ramai yang lupa rutin itu sentiasa ada
dari pertama kali melihat dunia
sampai saat terakhir menutup mata 
rutin hidup, fitrah manusia 
yang muda akn tua 
yang tua bakal mati 
itulah rutin alam 
tiada apa yang kebetulan dalam hidup 
semuanya dirancangNya , rutinnya untuk kita
jangan megeluh dengan rutin 
kerana rutin terjadinya semua

Monday, June 20, 2011

KAMI


setiap orang perlukan kawan , teman , geng , orang orang yang kita boleh berhubung
tapi apakah itu kawan ?
geng warung kopi ?
member seperjuangan
member lepak lepak
rakan rakan sekolah
atau kawan kawan yang bersama kita semasa kita kecil
tak ada prejudis ,tak ada perbezaan , tak ada petandingan tak ada persaingan
sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata
dan kita mula nampak dunia bukan sekadar hitam dan putih
tak der hal
sekarang ni nak buat kawan memang pantas , tenung skrin komputer kletak kletuk jer keyboard
boleh suka pada yang sama , tak suka pun tak apa
sebab persahabatan adalah pengembaraan yang tak boleh diduga
-KAMI THE SERIES FIRST EPISODE-

Tuesday, June 7, 2011

INI BLOG AKU


mata kuyu melihat layar LCD laptop
tangan menari nari di papan kekunci 
akal merewang hilang mencari ilham 
ilham apa yang dimadah , apa yang ditulis 
tak perlu punya tulisan yang hebat dan mempersona 
cukup sekadar keihklasan dalam tulisan 
tatkala aku menaip , mungkin ada yang mengintai, mungkin ada yang membenci 
tapi hati ini tidak peduli 
kerana diriku selalu tahu 
"INI BLOG AKU PUNYA BUKAN BAPAK KAU PUNYA "


BILA LENA MALAM TAK JADI TEMAN


lena malam tidak jadi teman bagiku 
semakin jauh semakin aku tak mampu melangkah ke alam itu
mata memandang ceiling 
fikiran merewang terbang keluar 
kenangan dulu datang mengetuk kotak fikiran
kekadang datang angan menegur tanpa ku sedar 
kosong, hampa dan hilang rasa diri ini 
mengapa begini jadinya 
gelap bilik sudah menjadi terang bagiku 
puas mengeluh mencari jawapan 
mengapa tiada kesudahan hari yang indah bagiku 
adakah Tuhan sedang menghukum aku ???
aku bermonolog sendiri mengharapkan Dia mendengar 
dalam penat mencari jawapan akhirnya diri ini sedar 
"TIDUR SIANG YANG TERLAMPAU AKAN MENYEBABKAN ANDA SUSAH TIDUR MALAM "



Monday, May 23, 2011

BILA SENDIRI

asalamualaikum
lama dah rasanyer tak nulis kat sini
exam punya pasal lah
tapi sekarang exam aku pun tinggal satu papaer jer
jadi leh r buang masa dekat ruangan kecil hati aku ni
keadaan sekarang dekat DPP SME bank ni sunyi
ramai woo bebudak balik umah dah
yang ade exam mcm aku ni tggu dulu r
jgn nak mengada ngada balik
dan kebanyakan sisa sisa masa yg ada ni aku habiskan dengan sendiri
yer la kan
kata lonely soldier boy , kena sendirilah
tapi dalam aku sendiri ni aku sempat listkan apa perkara yang aku selalu buat bila aku sendiri
dah jadi macam habit aku dah , tiap kali aku sendir atau sunyi mesti aku buat benda ni
PERTAMA
(berangan )
hahaha aku memang kuat berangan weyh , nampak macam tak betul pun ada rasanya bila berangan ni
yer la dalam dunia angan angan semua yang tak nyata boleh jadi nyata
apa yang aku angankan ??? mcm2 weyh benda yang aku berangan
salah satunya aku berangan ada company sendiri , aku jadi boss yang prihatin hahaha
niaga apa pun aku tak kesah r yang penting company tu aku pyer dan aku yg berwatak boss
benda no dua yang aku berangan ialah nak ada anak
aku kalau waktu waktu senggang ni selalu berangan nak ada anak (kawen belakang kiro lah )
sorang pompuan sorang lelaki (2 orang ckuplah tak nak bebanyak (penat kang nak jaga , sian plak kang dekat bini aku )
dan angan angan aku yang last ialah aku travel satu dunia kalau boleh r
aku nak pegi semua tempat yang ada dalam dunia ni
kool kot kalau jadi traveller
KEDUA
(mengimbau kenangan)
semua orang ada kenangan kan
aku ni pun byk kenangan tapi rasanya banyak yg tak best hahaha
satu kenagan yang aku selalu teringat bila kau sorang ni mestilah kenangan dengan kengkawan betul dak???
dengan Kelab Bodoh Sedunia (setan la siyal bebudaknyer, nganjing jer kuat )
aku mmg selalu la ingat dekat member baik aku ,Amad ngan Shaffi(tapi aku bukan gay ok)
hahaha tak der diorang aku rasa aku bukan mcm aku sekarng
lepas tu kengkawan sekolah , bebudak kelas aku ramai lagi r
dekat bebudak matrik pun aku selalu tringat jugak sebab rasanya byk weyh kenangan aku ngan depa
dengan Family A3T1, blok AlRazi yang hensem tu dan memacam lagi r
yer la en bende seronok mestilah nak dikenang , dekat sini pun bukannya seronoks sangat
dan last sekali benda yang aku selalu kenang bila sunyi ni dia lah
aku nak cerita panjang pun malas sebab kenangan sedih bro

rasanya itu jer la kot benda yang aku buat bila aku dok diam , baring baring atas katil , tak tau nak buat apa dan sunyi
hahaha
kekadang gelak tapi kekadang nak nagis pun ada bila sendiri ni
tapi takdahal lah weyh
lelaki kan mestilah berani hidup sendiri tapi korang try lah buat benda ni ok la mcm drama melayu pun ada rasanya

Saturday, April 23, 2011

bila dah tiada classmate

apa yang seronok bila kita pergi sekolah ???
seronok ker weyh pergi sekolah
kalau tanya budak budak rasanya memang ramai yang boring dan malas g sekolah
kalau tanya aku la aku kesekolah pun sebab x nk kena pelempang dan penerajang bapak aku 
tapi selain daripada nak elak penerajang dan pelempang bapak aku salah satu sebab yang agak bodoh aku kesekolah ialah sebab adanya classmate atau dalam bahasa melayunya klasmet(bukan sama ke tu)
ya klasmet la yang buat aku lekat punggung dekat sekolah
dan kalau korang tanya bebudak sekolah ataupun ex bebudak sekolah macam aku penting tak klasmate mesti depa akan cakap penting
dalam kelas yang ada 40 orang kepala(secara puratanya) akan ada macam macam perangai
akan ada macam macam kejadian yang akan jadi dan kejadian kejadian ni lah yang akan buat kita seronok disekolah
dan sebab klasmate la kita belajar  berkawan, berkasih kasihan , bergaduh dan berdendam
yer la cuba korang bayangkan kalau korang belajar sesorang kat rumah dan tak ada klasmate
mesti bosan dowh , boleh biol kepala otak
secara peribadi aku dah lupa siapa klasmate aku waktu sekolah rendah dulu
mungkin depa ada yang kenal aku tapi aku kompom lupa depa
ntah apa lah jadi kat depa kan aku pun tak tau
zaman sekolah menegah rasanya hidup berclasmate ni lebih seronok
yerla waktu tu baru nak matang jadi kepala otak pun memacam buat kan
tyme ni lah nak belajar bercinta gaya monyet
aku ingat lagi kalau dalam kelas tu ada awek yang cantek tentu akan ada ramai jantan tunggu dekat dpan klas waktu rehat
nak kacau la bhai konon kononnya (aku tak mcm tu dowh aku seorang yang pasif)
dan waktu sekolah menegah ni lah kita akan rapat dengan klasmate
sebab byak aktiviti yang dilakukan bersama dan kadang kadang kat klasmate lah tempat kita luahkan perasaan (tak kisah la sedih ke marah ke ape ker)
aku tak ingat sangat sapa klasmmet aku waktu menegah rendah(tingkatan 1 sampai 3)
tapi aku mmg ingat sapa klasmate aku waktu form 4 dan 5
kelas 4/5 Arif
cikgu kelas Puan Vasuki n ketua kelas Danial
yang lelaki aku , ahmad, dashen, nabil dan razi
yang pompuan mas,wanie , fatin, ainina, syazika, atira , amira, asmaa, jehan, mei zing, ro ping , yin tong syabira tu jer kot
even ada antara mereka aku dah lama tak jumpa tapi yeah still aku rindu depa (dah lama x jumpa mmg la rindu bodoh )
dan boys klas ni mmg terbaik la kami still contact each other kalau aku balik Kota Damansara(dah aku jer yg merempat kat kedah ni depa suma dok KL bhai)
lepas skolah aku pegi matrik sebab tak dapat pegi oversea
kolej matrikulasi perlis memang ulu
macam celaka dapat belajar dekat sana
budak KL masuk ulu camno tu??? lu pikir la sendiri
tapi sekali lagi klasmate aku dah buat hidup aku seronok dekat sana
dan aku rasa kali ni istilah klasmate tu dah digantikan dengan perkatan family
ye Family a3t1 memang merubah pandangan aku dekat KMP
tempat yang aku rasa macam bangang tu dah aku rasa seronok
dan tak melampau la bila kau ckp a3t1 dah ubah aku jadi aktif daripada pasif
kelas ni mmg wonderful
kami sampai ada papa sendiri iaitu ahmad nakata(walaupun aku geli nak pggil dia papa )
dan sibling2 aku yang lain mmg ceriakan hidup aku kat sana
tasha, cok eh , shah, mira, leen, ayen, kak long , hafiz , dina,paan(walaupun aku kekadang bebulu ngan ko ttp idola)
siyes aku rindu korang .....(biasa la aku muka lagend hati kiut)
dan tak lupa jugak sibling sibling aku yang lain irfa, sss, yana j , yana model(seyes mcm model),ika,farah,uztazah,farisha(aku masih x caya tasha n dia satu bilik )
aku rasa tempoh lebih kurang setaun aku hidup kat sana antara tempoh yang paling best
thanx y'all
sekarang aku still blaja
UUM tempat aku belajar
dan secara jujur aku tak ada klasmate memang lain bebeno rasanya
tapi itulah nak buat mcm mana kan dah UUM nak sumbat suma student dlm kuliah jadi kena terima jer
dekat kuliah mmg lain dari kelas
tak ada tempat duduk tetap, tak ada kawan yang tetap bersama sama kita
tiap tiap hari aku dok dgn orang lain dan aku kekadang tak kenal pun sapa yang dok sebelah aku (kalo dah 300 orang dlm kuliah takkan aku nak interview sorang2)
dan hidup memang berbeza bila takda klasmet
abis kuliah jer memasing buat haluan sendiri ilang ikut angin (bukan semua satu course)
tinggal la aku sorang
sedih siot isk3(=_=) urmmmmmm
banyak benor aku merapu malam ni
semuanya sebab lagu ni la



*tapi apa yg aku tulis benar belaka, serius sedih , boring n bangang bila x da klasmate

Wednesday, April 13, 2011

TAKKAN PERNAH MELUPAKANMU



Betapa aku menyukaimu
Tidakkah kau sedari itu?
Ku di depan matamu
Kau tak melihatku
Betapa ku sangat menyukaimu
Ku berkhayal kau jadi milikku
Setiap hari ku ingat selalu
Kan ku kejar dirimu
Tak terbatas waktu
Dan ku takkan pernah melupakanmu
# Andaikan hatimu
Terbuka untukku
Alangkah senang hatiku
Apa yang terjadi?
Kau anggap diriku
Hanya bagai angin lalu

cerita aku dan Couple

couple is always better than one
semua perkara akan menjadi lebih baik jika kita berdua
berdua kan adalah lebih baik
begitu jugak la ngan couple adalah lebih seronok dari sendiri
perghhh ayat bapak jiwang
mesti korang ingat aku nak cerita pasal couple kan???
memang aku nak cerita pasal couple pun tapi bukan couple yang korang fikirkan
aku nak cakap pasal BAND COUPLE
jap noh nak tunjuk gambaq sat





inilah band yang aku maksudkan
macam mana aku boleh terpikat dengan band ni ????
semuanya sebab lagu yang pertama aku dengar dari band ini adalah lagu  "Takkan Pernah Melupakan Mu"
(klo nak dengar klik la dekat sini )
sedih bhai lagu ni pasal lelaki yang kena reject tapi dia x  dapat nak lupakan awek tu
samalah macam keadaan aku waktu tu (kena reject bhai zaman zaman sekolah dulu hahaah)
lagu lagu dari band ni agak unik sebab suara vokalis dia tak sedap tapi cara dia sampaikan lagu ini jadikan aku tak kesah pun pasal suara dia(seyes suara dia tak sedap)
relak jer cara dia sampaikan lagu dan musik yang depa sampaikan memang relak dan boleh ringankan kepala
dan depa memang ada kelainan dan mungkin musik yang santai dan suara yang tak berapa nak sedap itu bila digabungkan boleh jadi x faktor untuk band ni 
dan sebab itulah aku minat untuk terus mendengar lagu lagu mereka
lagi satu lagu diorang yang aku rasa agak femes adalah "Tentang Kita" (Kami The Series)
dan kalau korang nak kenal band ni try la lawat facebook couple
rasanya ini saja lah benda yang aku nak merapu malam ni '
sat sat
kat bawah ni aku ada sertakan link youtube lagu couple
Say Hi
now that i can see
tentang kita

*tau couple aku ckp suara depa tak sedap marah kang kat aku

Tuesday, April 12, 2011

boleh ker bhai???

suma orang nak berubah
nak menjadi lebih daripada apa yang aka skang
samalah macam akau
aku nak berubah dan tentulah perubahan yang aku nak itu kearah kebaikan
takkan nak jadi makin teruk kot
aku yang sekarang ni pun dah memang teruk
kalau jadi lagi teruk aku memang tak boleh nak bayangkan alah macam mana kesudahannya hidup akau karang
tapi seyes beb memang susah nak berubah (berubah jadi baik la jadi jahat sonang jo)
ntah la aku pun tak tau sampai bila aku akan ikut jalan yang dah mula bengkang bengkok ni
dulu jalan aku agak lurus la tapi sekarang agak  urrrrmmmmm
malas la den nak kata
hampa pikiaq sendiri la noh
hahahah
tapi walau macam mana pun keadaan aku sekarang niat berubah memang aku dah tanam lama dah dalam diri ini
cuma tak baja lagi jer dengan usaha
tapi mungkin satu mas akan di baja gak
tapi boleh ker bhai????

Sunday, April 10, 2011

cerita liyana fizi dan aku

korang kenal liyana fizi???
ala yang cun tu
ala yang cantik sangat sangat tu
ala yang comel tu
ala yang suara sedap tu
ala yang pandai main gitar tu
ala yang awek aku tu 
hahaha
banyak lak ai aku punya ala
tapi apa yang aku cakap kat atas tu semua ada dekat liyana fizi (tapi yang ala dia awek aku tu serius menipu dowh )
inilah gambar liyana fizi ni kalau korang nak tgok
tuddia liaya fizi , bapak cantik cute and euwwhhh i m in LOVE with her 
hahahaha
kalau dia nak la aku rela jadi laki dia tapi yang pasti dia takkan nak 
hahahah
ok stop dengan kecantikan kecomelan dan kecutean dia
memang dia cantik tapi aku rasa yang lebih cantik adalah musik dia 
wa suke bhai lagu lagu dia even sekarang Band Estrella dah tak da tapi dia gerak solo (dia gerak solo bukannya dia sedang solo)
suara dia memang sedap dan musik yang dia bawak mmg relax bhai 
dan kalau kita ckp pasal Estrella atau Liyana Fizi ni mesti korang akan teringat lagu Stay 
relak dowh lagu tu n kena lah dengan jiwa cute aku ni (hahaha banyak la ko punya cute)
dan semalam aku ada dengar lagu dia dekat XFM tapi tajuk tak berapa nak ingat Fantastic trip or Fantastic Adventure macam itu lah 
tapi memang best lagu lagu dia (mungkin sebab suara dia cute kot)
aku tak ada apa apa kenangan terindah dengan dia tapi dengan lagu dia ada kot
haha
dan dia ni bagi aku artis wanita indie yang paling best bhai (bukan nak kata Yuna , Ana Raffali,Fynn Jamal and others tak bagus , tapi aku cuma prefer Liyana Fizi ) 
rasanya itu sajolah yang aku nak kata di sini
takdo lain dah eh 
hahahah

*aku pernah tengok liyana fizi ngan esterlla kat RTW berapa ntah aku lupa dan dia mmg cute

Wednesday, April 6, 2011

ENTRY UNTUK FATIN KHUSAINI

ASSALAMUALAIKUM
FATIN KHUSAINI????
sapa ni weh???
awek aku ker???
bakal bini ke weh???
ker kawan???
ker skandal???
ker takda kene mengena pon???
ok banyak bhai persoalan yang timbul dekat sini
ok kalau nak tau inilah dia fatin khusaini
(aku tibai gambar dia ni dekat fb dia)

hahaha amacam cantik tak fatin ni
yer memang dia awek orang bukan awek aku
bakal bini orang bukan bakal bini aku
and yes dia kawan aku tapi bukan skandal kot(euwwhhh)????

laaaa kawan jer rupanya ...dah tu napa kau sebuk nak buat entry pasal dia???biar la balak dia yang buatkan entry ni(ntah mana mana ntah sura sumbang ni muncul)

2 sebab kenapa aku buat entri pasal wanita seorang ini
pertama ini blog aku suka aku la nak buat entri pasal apa
kedua sebab dia suruh aku tulis entri baru semalam(trough fb jer)
ketiga(tadi kata dua) sebab aku rasa dia layak untuk ditulis tentangnya pasal dirinya diblog kawannya ini
sebenarnya aku tak pernah jumpa dia face to face walaupun kami satu matrikulasi dulu
perkenalan kami di fb jer
tu pun sebab kami sebuk komen mengomen antara satu sama lain
macam pelik jer dowh even aku tak pernah jumpa dia tapi aku rasa dia ni best dowh
aku tepun dia pun mesra jer bhai suara(ke sebab dia ni sindrom???)
tapi walaupun aku tak pernah jumpa dia tapi aku rasa dia ni kawan yang baik
dia sokong blog aku bhai
hahahaha
bila tak ada entri dia tya
'bob napa x ada entri baru???"
n benda ni bagi semangat lak dekat aku untuk berblogging(even skang aku suam2 kuku jer )
apa apa pun terima kaseh FATIN KHUSAINI
(sorry sebab aku cuma masukkan hang dalam blog peribadi aku sahaja.....WAKata tengah cuti)

Monday, March 7, 2011

lebih baik merangkak dari terus jatuh

perubahan perlu diakukan
tak kisah la siapa kamu
tapi yang penting kena berubah dalam hidup
perlu entiasa berubah

cemburu kerana.................

aku cemburu dengan dia
dia kawan aku
mungkin dulu
macam macam yang dia dah capai dan aku takuk ni jugak aku duduk
sku mmg jeles ngan dia
sigh
kenapa aku tak boleh berubah
???
dah macam macam aku buat untuk berubah tetapi hasilnya memang tiada
dan ering aku jatuh di tengah jalan
aku dah penat
penat dengan emuanya
harapanku untuk berubah

Wednesday, February 23, 2011

Pulang di malam hari
Datang dengan anginya yang dingin
Ku tekadkan teruskan
Apa yang dijuangkan

Tuk mencapai semua impian
Usah kau gentar dengan cabaran
Kerna itulah takdir kita

Do you remember the old lullaby
Ingatan yang lama bukan lupa
Telah ku tinggalkan
Akan ku tuliskan memori buatmu

Semua lelaki lonely soldier boy
Katakan pada dunia lonely soldier boy
Cahaya mentari kan datang kembali

Solo

Bila hati curiga jantung
berdegup dengan lajunya
Pejamkan saja mata
Tenang buat seketika

Harus kau ingati bila
Bila semua sudah tiada
Hargai masa silam kita

Do you remember
The old lullaby
Ingatan yang lama bukan lupa
Telah ku tinggalkan
Akan ku tuliskan memori buat mu

Semua lelaki lonely soldier boy, yeah
Katakan pada dunia lonely soldier boy
Cahaya mentari kan datang kembali
aku memang kesunyian dekat sini
tak da ssiapa jep
memang aku rasa aku sorang jer yang wujud dalam dunia ni
aku macam dah putus asa
tak tau nak kata apa ag ni
terasa bodoh bila sendiri macam ni
aku yang bodoh

Tuesday, February 1, 2011

bila diri tak diperlukan lagi

pergh
aku rasa macam haram hari ni
menyampah gila
mmg la macam gampang hidup aku hari ini
meeting macam nak gila tapi apa pon tak jadi
dah tu suma sebuk nak bangkang jer
bapak tekanan

Saturday, January 29, 2011

K.A.W.A.N

KAWAN
PERKATAAN YANG AMAT ISTIMEWA DALAM HIDUP
KERANA KAWAN HILANG RASA SUNYI
kawan datang dan kawan pergi
friends like every year that passes in our lives
it will come to us and will go when the time comes
So appreciate every moment together
because if it is passed it will never go back



video kreatif kawan aku ni berjaya mengimbau kenangan
tq bro

Friday, January 28, 2011

ITULAH SAYANG



pernah dengar lagu ini tak
lagu P RAMLEE ni di beri nafas baru oleh budak budak indie
tapi itu bukan apa yang aku nak bagitau
tapi kita cerita pasal sayang kali ni
sayang kepada siapa???
ramai orang kita boleh sayang tapi kita pernah tak sayang kepada diri kita sendiri???
pernak kita ambik kisah tentang diri kita sendiri???
kesihatan dan gaya hidup kita dan macam macam lagi lah
aku sebenarnya dah mula rasa yang aku perlu sayang diri aku
aku kena ubah diri aku jadi yang manusia yang lagi baik
ssebab aku rasa diri aku ini layak untuk mendapatkannya
jadi inilah azam aku tahun ni
dan tak terlambat lagi rasanya kan buat azam
*aku nak sihat
*aku nak berenti merokok

Tuesday, January 18, 2011

Segalanya bermula disini

permulaan baru
blog baru
tema baru
dan kehidupan baru
ini merupakan blog kedua aku selepas wakata
dan aku rasa perlunya satu sempadan baru dalam hidup aku
antara profesional dan personal
dan blog ni semuanya berkaitan dengan peribadi dan hidup aku sepenuhnya
tiada lagi tentang yang lain