SEMUA LELAKI LONELY SOLDIER BOY

Saturday, April 23, 2011

bila dah tiada classmate

apa yang seronok bila kita pergi sekolah ???
seronok ker weyh pergi sekolah
kalau tanya budak budak rasanya memang ramai yang boring dan malas g sekolah
kalau tanya aku la aku kesekolah pun sebab x nk kena pelempang dan penerajang bapak aku 
tapi selain daripada nak elak penerajang dan pelempang bapak aku salah satu sebab yang agak bodoh aku kesekolah ialah sebab adanya classmate atau dalam bahasa melayunya klasmet(bukan sama ke tu)
ya klasmet la yang buat aku lekat punggung dekat sekolah
dan kalau korang tanya bebudak sekolah ataupun ex bebudak sekolah macam aku penting tak klasmate mesti depa akan cakap penting
dalam kelas yang ada 40 orang kepala(secara puratanya) akan ada macam macam perangai
akan ada macam macam kejadian yang akan jadi dan kejadian kejadian ni lah yang akan buat kita seronok disekolah
dan sebab klasmate la kita belajar  berkawan, berkasih kasihan , bergaduh dan berdendam
yer la cuba korang bayangkan kalau korang belajar sesorang kat rumah dan tak ada klasmate
mesti bosan dowh , boleh biol kepala otak
secara peribadi aku dah lupa siapa klasmate aku waktu sekolah rendah dulu
mungkin depa ada yang kenal aku tapi aku kompom lupa depa
ntah apa lah jadi kat depa kan aku pun tak tau
zaman sekolah menegah rasanya hidup berclasmate ni lebih seronok
yerla waktu tu baru nak matang jadi kepala otak pun memacam buat kan
tyme ni lah nak belajar bercinta gaya monyet
aku ingat lagi kalau dalam kelas tu ada awek yang cantek tentu akan ada ramai jantan tunggu dekat dpan klas waktu rehat
nak kacau la bhai konon kononnya (aku tak mcm tu dowh aku seorang yang pasif)
dan waktu sekolah menegah ni lah kita akan rapat dengan klasmate
sebab byak aktiviti yang dilakukan bersama dan kadang kadang kat klasmate lah tempat kita luahkan perasaan (tak kisah la sedih ke marah ke ape ker)
aku tak ingat sangat sapa klasmmet aku waktu menegah rendah(tingkatan 1 sampai 3)
tapi aku mmg ingat sapa klasmate aku waktu form 4 dan 5
kelas 4/5 Arif
cikgu kelas Puan Vasuki n ketua kelas Danial
yang lelaki aku , ahmad, dashen, nabil dan razi
yang pompuan mas,wanie , fatin, ainina, syazika, atira , amira, asmaa, jehan, mei zing, ro ping , yin tong syabira tu jer kot
even ada antara mereka aku dah lama tak jumpa tapi yeah still aku rindu depa (dah lama x jumpa mmg la rindu bodoh )
dan boys klas ni mmg terbaik la kami still contact each other kalau aku balik Kota Damansara(dah aku jer yg merempat kat kedah ni depa suma dok KL bhai)
lepas skolah aku pegi matrik sebab tak dapat pegi oversea
kolej matrikulasi perlis memang ulu
macam celaka dapat belajar dekat sana
budak KL masuk ulu camno tu??? lu pikir la sendiri
tapi sekali lagi klasmate aku dah buat hidup aku seronok dekat sana
dan aku rasa kali ni istilah klasmate tu dah digantikan dengan perkatan family
ye Family a3t1 memang merubah pandangan aku dekat KMP
tempat yang aku rasa macam bangang tu dah aku rasa seronok
dan tak melampau la bila kau ckp a3t1 dah ubah aku jadi aktif daripada pasif
kelas ni mmg wonderful
kami sampai ada papa sendiri iaitu ahmad nakata(walaupun aku geli nak pggil dia papa )
dan sibling2 aku yang lain mmg ceriakan hidup aku kat sana
tasha, cok eh , shah, mira, leen, ayen, kak long , hafiz , dina,paan(walaupun aku kekadang bebulu ngan ko ttp idola)
siyes aku rindu korang .....(biasa la aku muka lagend hati kiut)
dan tak lupa jugak sibling sibling aku yang lain irfa, sss, yana j , yana model(seyes mcm model),ika,farah,uztazah,farisha(aku masih x caya tasha n dia satu bilik )
aku rasa tempoh lebih kurang setaun aku hidup kat sana antara tempoh yang paling best
thanx y'all
sekarang aku still blaja
UUM tempat aku belajar
dan secara jujur aku tak ada klasmate memang lain bebeno rasanya
tapi itulah nak buat mcm mana kan dah UUM nak sumbat suma student dlm kuliah jadi kena terima jer
dekat kuliah mmg lain dari kelas
tak ada tempat duduk tetap, tak ada kawan yang tetap bersama sama kita
tiap tiap hari aku dok dgn orang lain dan aku kekadang tak kenal pun sapa yang dok sebelah aku (kalo dah 300 orang dlm kuliah takkan aku nak interview sorang2)
dan hidup memang berbeza bila takda klasmet
abis kuliah jer memasing buat haluan sendiri ilang ikut angin (bukan semua satu course)
tinggal la aku sorang
sedih siot isk3(=_=) urmmmmmm
banyak benor aku merapu malam ni
semuanya sebab lagu ni la



*tapi apa yg aku tulis benar belaka, serius sedih , boring n bangang bila x da klasmate

Wednesday, April 13, 2011

TAKKAN PERNAH MELUPAKANMU



Betapa aku menyukaimu
Tidakkah kau sedari itu?
Ku di depan matamu
Kau tak melihatku
Betapa ku sangat menyukaimu
Ku berkhayal kau jadi milikku
Setiap hari ku ingat selalu
Kan ku kejar dirimu
Tak terbatas waktu
Dan ku takkan pernah melupakanmu
# Andaikan hatimu
Terbuka untukku
Alangkah senang hatiku
Apa yang terjadi?
Kau anggap diriku
Hanya bagai angin lalu

cerita aku dan Couple

couple is always better than one
semua perkara akan menjadi lebih baik jika kita berdua
berdua kan adalah lebih baik
begitu jugak la ngan couple adalah lebih seronok dari sendiri
perghhh ayat bapak jiwang
mesti korang ingat aku nak cerita pasal couple kan???
memang aku nak cerita pasal couple pun tapi bukan couple yang korang fikirkan
aku nak cakap pasal BAND COUPLE
jap noh nak tunjuk gambaq sat





inilah band yang aku maksudkan
macam mana aku boleh terpikat dengan band ni ????
semuanya sebab lagu yang pertama aku dengar dari band ini adalah lagu  "Takkan Pernah Melupakan Mu"
(klo nak dengar klik la dekat sini )
sedih bhai lagu ni pasal lelaki yang kena reject tapi dia x  dapat nak lupakan awek tu
samalah macam keadaan aku waktu tu (kena reject bhai zaman zaman sekolah dulu hahaah)
lagu lagu dari band ni agak unik sebab suara vokalis dia tak sedap tapi cara dia sampaikan lagu ini jadikan aku tak kesah pun pasal suara dia(seyes suara dia tak sedap)
relak jer cara dia sampaikan lagu dan musik yang depa sampaikan memang relak dan boleh ringankan kepala
dan depa memang ada kelainan dan mungkin musik yang santai dan suara yang tak berapa nak sedap itu bila digabungkan boleh jadi x faktor untuk band ni 
dan sebab itulah aku minat untuk terus mendengar lagu lagu mereka
lagi satu lagu diorang yang aku rasa agak femes adalah "Tentang Kita" (Kami The Series)
dan kalau korang nak kenal band ni try la lawat facebook couple
rasanya ini saja lah benda yang aku nak merapu malam ni '
sat sat
kat bawah ni aku ada sertakan link youtube lagu couple
Say Hi
now that i can see
tentang kita

*tau couple aku ckp suara depa tak sedap marah kang kat aku

Tuesday, April 12, 2011

boleh ker bhai???

suma orang nak berubah
nak menjadi lebih daripada apa yang aka skang
samalah macam akau
aku nak berubah dan tentulah perubahan yang aku nak itu kearah kebaikan
takkan nak jadi makin teruk kot
aku yang sekarang ni pun dah memang teruk
kalau jadi lagi teruk aku memang tak boleh nak bayangkan alah macam mana kesudahannya hidup akau karang
tapi seyes beb memang susah nak berubah (berubah jadi baik la jadi jahat sonang jo)
ntah la aku pun tak tau sampai bila aku akan ikut jalan yang dah mula bengkang bengkok ni
dulu jalan aku agak lurus la tapi sekarang agak  urrrrmmmmm
malas la den nak kata
hampa pikiaq sendiri la noh
hahahah
tapi walau macam mana pun keadaan aku sekarang niat berubah memang aku dah tanam lama dah dalam diri ini
cuma tak baja lagi jer dengan usaha
tapi mungkin satu mas akan di baja gak
tapi boleh ker bhai????

Sunday, April 10, 2011

cerita liyana fizi dan aku

korang kenal liyana fizi???
ala yang cun tu
ala yang cantik sangat sangat tu
ala yang comel tu
ala yang suara sedap tu
ala yang pandai main gitar tu
ala yang awek aku tu 
hahaha
banyak lak ai aku punya ala
tapi apa yang aku cakap kat atas tu semua ada dekat liyana fizi (tapi yang ala dia awek aku tu serius menipu dowh )
inilah gambar liyana fizi ni kalau korang nak tgok
tuddia liaya fizi , bapak cantik cute and euwwhhh i m in LOVE with her 
hahahaha
kalau dia nak la aku rela jadi laki dia tapi yang pasti dia takkan nak 
hahahah
ok stop dengan kecantikan kecomelan dan kecutean dia
memang dia cantik tapi aku rasa yang lebih cantik adalah musik dia 
wa suke bhai lagu lagu dia even sekarang Band Estrella dah tak da tapi dia gerak solo (dia gerak solo bukannya dia sedang solo)
suara dia memang sedap dan musik yang dia bawak mmg relax bhai 
dan kalau kita ckp pasal Estrella atau Liyana Fizi ni mesti korang akan teringat lagu Stay 
relak dowh lagu tu n kena lah dengan jiwa cute aku ni (hahaha banyak la ko punya cute)
dan semalam aku ada dengar lagu dia dekat XFM tapi tajuk tak berapa nak ingat Fantastic trip or Fantastic Adventure macam itu lah 
tapi memang best lagu lagu dia (mungkin sebab suara dia cute kot)
aku tak ada apa apa kenangan terindah dengan dia tapi dengan lagu dia ada kot
haha
dan dia ni bagi aku artis wanita indie yang paling best bhai (bukan nak kata Yuna , Ana Raffali,Fynn Jamal and others tak bagus , tapi aku cuma prefer Liyana Fizi ) 
rasanya itu sajolah yang aku nak kata di sini
takdo lain dah eh 
hahahah

*aku pernah tengok liyana fizi ngan esterlla kat RTW berapa ntah aku lupa dan dia mmg cute

Wednesday, April 6, 2011

ENTRY UNTUK FATIN KHUSAINI

ASSALAMUALAIKUM
FATIN KHUSAINI????
sapa ni weh???
awek aku ker???
bakal bini ke weh???
ker kawan???
ker skandal???
ker takda kene mengena pon???
ok banyak bhai persoalan yang timbul dekat sini
ok kalau nak tau inilah dia fatin khusaini
(aku tibai gambar dia ni dekat fb dia)

hahaha amacam cantik tak fatin ni
yer memang dia awek orang bukan awek aku
bakal bini orang bukan bakal bini aku
and yes dia kawan aku tapi bukan skandal kot(euwwhhh)????

laaaa kawan jer rupanya ...dah tu napa kau sebuk nak buat entry pasal dia???biar la balak dia yang buatkan entry ni(ntah mana mana ntah sura sumbang ni muncul)

2 sebab kenapa aku buat entri pasal wanita seorang ini
pertama ini blog aku suka aku la nak buat entri pasal apa
kedua sebab dia suruh aku tulis entri baru semalam(trough fb jer)
ketiga(tadi kata dua) sebab aku rasa dia layak untuk ditulis tentangnya pasal dirinya diblog kawannya ini
sebenarnya aku tak pernah jumpa dia face to face walaupun kami satu matrikulasi dulu
perkenalan kami di fb jer
tu pun sebab kami sebuk komen mengomen antara satu sama lain
macam pelik jer dowh even aku tak pernah jumpa dia tapi aku rasa dia ni best dowh
aku tepun dia pun mesra jer bhai suara(ke sebab dia ni sindrom???)
tapi walaupun aku tak pernah jumpa dia tapi aku rasa dia ni kawan yang baik
dia sokong blog aku bhai
hahahaha
bila tak ada entri dia tya
'bob napa x ada entri baru???"
n benda ni bagi semangat lak dekat aku untuk berblogging(even skang aku suam2 kuku jer )
apa apa pun terima kaseh FATIN KHUSAINI
(sorry sebab aku cuma masukkan hang dalam blog peribadi aku sahaja.....WAKata tengah cuti)